Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2010

E-WALLET : Kisah Seorang Muhammad Hanif

Muhammad Hanif ialah seorang pekerja BigPay yang memegang jawatan ' Serve Customers '. Pada 25 September 2021 jam 8:17 PM beliau menelefon menggunakan WhatsApp call dari nombor +601117684266 . Profile picture beliau menggunakan logo BigPay. Suara beliau jelasnya ada pelat-pelat India. Pada hari ini 5 Oktober 2021 jam 2:14 PM Muhammad Hanif menelefon lagi sekali melalui WhatsApp call dari nombor +60113809095 tetapi malangnya tak sempat pula nak diangkat untuk didengari suaranya. Kali ini profile picture beliau merupakan seorang lelaki Cina.   Pasti beliau seorang yang amat prihatin dengan pelanggan-pelanggan BigPay sehinggakan tiada kredit sekalipun beliau usaha untuk membuat panggilan menggunakan WhatsApp. Ada kemungkinan juga sebenarnya beliau terkeliru dengan identiti sendiri. Mengikut gambar dalam laman web BigPay, beliau merupakan seorang lelaki Melayu. Jadi beliau ialah seorang lelaki Melayu yang bercakap pelat India dan baru sahaja selesai membuat pembedahan plastik u

[Saja Berkongsi] PROJEK AMAL KECIL-KECILAN

[Saja Berkongsi] Sesiapa yang teringin nak contribute untuk sedekahkan naskah-naskah Al-Qur'an ke Masjidil Haraam dan/atau Masjid Nabawi, sila tinggalkan alamat emel di bahagian Komen. Ada sahabat nak ke sana musim haji ni, insyaAllah, boleh diuruskan. Oh yea, sedikit remarks - Ini bukan main kutu yang sedang hebat dibincangkan status halal-haramnya di sisi undang-undang, bukan juga meniaga malam (MLM), bukan juga deposit haram. 'Deposit' sekarang, ikhlas, nawaitu keranaNya, nanti habuanny a di 'sana' nanti, insyaAllah.

FOTO[DAN]KOPI

FOTO[DAN]KOPI Begini ku senang Begini ku lapang Foto nampak riang Kopi habis ku tonggang (Tonggang melanggang) Tak kisah, sudahlah Ku pun tak kisah Hidupku ku kisah Tak minta kau kisah Foto ku berkisah aku Kopi ku tidak inspirasimu Bungkam hati lihat fotoku Kopimu curah ke foto itu Sembilan lapan itu saingku 'Incognito' ku kenal dikau dulu Jalan hitam sejarah pilu Khabaran fotokopi temanku Sembilan sembilan kutenung Foto bercerita tak canggung Seribu makna mana tertanggung Dek lidah serdak kopi terkandung Kopi (kesannya) bagai lunyai foto itu Jangan selangkah mara ke situ Memori tidak luput dalam diriku Itu aku dan diriku (Tidak melulu) Dalaman diriku sedang merapi Tidak ku jelma jadi fotokopi Walau ada foto, walau ada kopi Walau fotokopi rasa menggeli (Dewasakan diri)

Ayat-ayat Manzil

Atas permintaan, inilah dia Ayat-ayat Manzil untuk diamalkan secara harian. Asalnya, ayat-ayat Manzil ini nak di-'scan' dari sebuah buku yang diedarkan percuma, malangnya di buku tersebut ada dinyatakan Hakcipta Terpelihara. Maka, gagallah cubaan itu. Tapi tak apa, ada sumber lain yang lebih terbuka, dengan isi yang sama. Terima kasih kepada 'contributor' asal di Scribd.Com (http://www.scribd.com/doc/2292888/Ayat-Manzil). Semoga Allah membalasnya dengan sebaik-baik balasan, insyaAllah. Bacaan 1: Al Fatihah Bacaan 2: Surah Al Baqarah (Surah 2) ayat 1-5. Bacaan 3: Surah Al Baqarah (Surah 2) ayat 163. Bacaan 4: Surah Al Baqarah (Surah 2) ayat 255-257. Bacaan 5: Surah Al Baqarah (Surah 2) ayat 284-286 Bacaan 6: Surah Al Imran (Surah 3) ayat 18. Bacaan 7: Surah Al Imran (Surah 3) ayat 26-27. Bacaan 8: Surah Al A'raaf (Surah 7) ayat 54-56. Bacaan 9: Surah Al Israa' (Surah 17) ayat 110-111. Bacaan 10: Surah Surah Al Muminuun (Surah 23) ayat 115-118. Bacaan 11: Sura

Perkakas Elektrik dan Pasaraya Hyper Gian

Setiap orang, nasibnya berbeza-beza. Jadi, kita kena terima dengan redha apa yang dah ditentukan untuk kita. Tapi 'kisah' kali ni patut dijadikan iktibar, bagi mengelakkan lebih ramai yang terkena. Pasaraya hyper (dah la raya, hyper lagi!) mungkin ada perjanjian 'mesyuarat tingkap' dengan pembekalnya ataupun pihak pengeluar, agar barang yang mereka beli dapat dimurahkan melalui jualan pukal, iaitu dengan kuantiti yang banyak. Sebab itulah mereka boleh menjual dengan harga yang murah (walaupun hanya sedikit murah jika dibandingkan dengan kedai elektrik). Walaubagaimanapun, isu kualiti dan servis tidak boleh dikorbankan demi untuk memenuhi faktor kos dan keuntungan. Secara dasarnya, 'Kualiti adalah memenuhi kehendak pelanggan', dan 'Kualiti adalah tahap yang perlu dicapai seperti yang diharap oleh pelanggan/penggunaan/kebolehgunaan produk atau servis yang dibekalkan' Susah nak faham kan? Lebih baik baca 'kisah' ni untuk lebih memahami apa yang nak

Waja Replacement Model

(Source : Jerryz Loo punya FB. Thanks bro!) Ni la dianya model yang ditunggu-tunggu... Waja Lancer. Ooops! Sori, belum ada nama rasmi lagi kot. Kira Waja Replacement Model la ni. Rakaman video Buletin Utama TV3, dikongsi di Youtube.com - http://www.youtube.com/watch?v=ZTbyrksiwx8 UPDATE : Gambar bahagian belakang, dan perbezaan-perbezaan yang jelas antara Waja Replacement Model dan Lancer 2009 Depan - bumper profile dan front grille yang nampak lebih kepada imej 'family car', berbeza dengan rupa 'jerung garang' yang ada pada Lancer. Dan ada tempat khas untuk letak plet nombor di tengah, bukan bracket tamba han yang boleh disesuaikan untuk model LH-drive dan RH-drive di tepi seperti pada Lancer. Belakang - bumper profile ditukar, tetapi tidak terlalu banyak yang berubah seperti bumper hadapan. Tapak plet nombor dipanjangkan. pembalik cahaya dipindahkan ke bawah, di bahagian skirting. Dan... ooops! Tiada l ubang kunci? Adakah masalah yang sama pada Gen-2 tela

Sketsa Repair, Upgrade dan Downgrade Ekzos

Kisah repair, upgrade dan downgrade (erk!) ekzos Wira Hijau WKV Kiu-Ichi-Kiu-Yon'. Tukar tabung hujung sebab dah pecah, tukar 'bullet' tengah sebab dah sebu, dan upgrade extractor dari 4x1 ke 4x2x1... sebab bila tukar rim hari tu rasa berat semacam. Bazir minyak plak rasanya. Tabung hujung tukar ke jenis yang nampak 'ala-ala OEM' gitu. Bunyi pun sopan, rupa pun tak kilat macam yang stainless steel dulu tu. (Kira downgrade la ni kan) Nota : Sebahagian dialog adalah rekaan semata-mata sebagai hiburan. Jangan marah aaa... Hehehe.   Tau apa kesudahan sketsa repair ekzos ni? Hehehe... Dua jam lepas tu, pegi balik ke workshop tu. Betul-betul apek tu dah welding cantik sensor kat ekzos tu, tapi... aaa... DIA TAK PLUG-IN soket penyambung sensor tu. Bijak... bijak... Baru jalan tak sampai sejam, tengok engine warning indicator dah menyala. Tengok kat bawah, ada wayar berjuntai ke jalan. Nasib baik tak pecah kepala soket tu. Tak pasal-pasal kena bahasa lembut ngan gua. Hehehe

Senja Di Jeti Kelong BNO (Bagan Nakhoda Omar)

Semalam (16 Sept. 2010), di Bagan Nakhoda Omar Sabak Bernam, jam 6:15PM hingga masuk waktu maghrib. Diambil dengan Olympus mju Mini, Landscape Scene, ISO64... biasa, kamera kompak je.

Salam Aidilfitri 1431H

Surah-surah Lazim di Brader P.E.T dot Com

Telah dimuatkan menu baru di Laman Utama ( http://www.braderpet.com ) , koleksi Multimedia dan Online Media . Di bahagian tersebut telahpun dimasukkan link  terus ke lapan Surah-surah Lazim yang telah dikongsikan oleh HardaHCS di Youtube.com, yang jumlah keseluruhannya ada 22 Surah. Kandungan-kandungan tersebut boleh diakses terus dengan langkah-langkah di bawah : 1. Ke Laman Utama ( http://www.braderpet.com ) 2. Klik ke Multimedia / Online Media 3. Pilih Bahagian (Buat masa ini hanya ada Bahagian 1 dan hingga Bahagian 2 3) - kemaskini 4/9/2010, 1:30PM 4. Pilih Surah yang ingin didengari Nota : Bahagian 1 - Surah Ad-Duha, Al-Insyirah, Al-Kafirun dan Al-Bayyinah Bahagian 2 - Surah Al-Adiyat, Al-Qari'ah, Al-Alaq dan At-Takasur  Bahagian 3 - Surah Al-Zalzalah, Al-Qadr, Al-Humazah dan Al-Asr

Alahai Tingkatan Enam

Kebelakangan ini, ada pihak-pihak yang tampil ke majlis-majlis perjumpaan media yang sedikit-sebanyak ingin membuka mata rakyat Malaysia tentang kebaikan pelajaran di peringkat Tingkatan Enam (T6) - STPM. Bukanlah ingin disangkal atau meletakkan mereka yang berkelayakan STPM itu terlalu rendah, tetapi kita hendaklah melihatnya dari realiti keadaan semasa dan akan datang. Sama-sama kita buka akhbar-akhbar utama, laman-laman web mencari kerja, risalah-risalah agensi pekerjaan - dapatkah kita lihat 'kelayakan akademik minima STPM' di bahagian teks iklan mereka? Inilah realitinya, jangan disangkal lagi. ( Gambar hiasan semata-mata. - Poster filem My Sassy Girl (Korea) ) Senario terkini adalah begini : Kerja operasi pengeluaran - kelayakan PMR/SPM Kerja asas teknikal - kelayakan SPM (berpengalaman)/SPM dari Sekolah Teknikal atau Vokasional / Sijil Kemahiran Kerja Eksekutif Operasi/Teknikal - Diploma/Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pertengahan dan Tinggi - Ijazah Sarjana Muda/Masters/

Perangkap FB Apps.

Walaupun ramai dah terkena, tapi masih ramai boleh terkena (dan berulang-kali pulak tu). Saling tak tumpah seperti isu koyak dan menang, gores dan menang... sama juga dengan kes SMS 'tahniah, 'SIM' card anda telah memenangi RMberpuluh ribu ringgit. Sila masukkan RM3 ribu ke akaun kami dulu, baru kita cerita...' Kenapa orang kita tak belajar dari kesilapan? Kenapa orang kita malas berfikir? Kenapa orang kita umpama ikan berotak kecil yang dari turun temurun kena kail dengan si pemancing, dengan menggunakan jenis umpan yang sama. Oh dear... kita patut berfikir lebih baik daripada sang ikan! FB Apps. adalah antara cara termudah memperdayakan pengguna FB untuk merangkaikan satu-satu mesej (seperti surat berantai) atau motif-motif negatif yang lain termasuk mencuri dan mengumpul maklumat peribadi. Ada sesetengah mesej atau wall posting kelihatan seperti imej yang menarik, atau video... atau link... apa sahaja yang boleh menarik perhatian pengguna untuk klik kepada link terse

Pendapat Tentang Aiskrim Cap Dinding

C uba korang fikir... ni ajak fikir je ni, bukan ajak gaduh. Hehehe... Ada satu kompeni konfeksioneri ni dia kata melalui surat rasminya sendiri, darinya sendiri, mengesahkan sendiri 'dengan ini kami mengesahkan bahawa semua aiskrim kami halal'. Kalo gitu ek, takyah la buat sistem pengiktirafan halal. Semua kompeni buat surat je la... 'korang cekik je la, makanan keluaran kami semua halal'. Kan lagi senang... Diakui, sesetengah dari produk syarikat tersebut memang ada sijil halal yang sah, tetapi sebahagiannya pula tiada sijil halal. Bercampur-aduk la produk tu dalam peti pembeku yang sama ye tak? Tak pernah teman jumpa ada kompeni aiskrim buat 2 peti kat warehouse dia, 'halal ice-creams only', 'non-halal ice-creams'. Pernah nampak? Takde kan? Dan isunya... ia bukan mengenai kos pensijilan rasanya. Kerana syarikat tersebut sangat besar bertaraf antarabangsa, dan produknya yang tiada sijil halal tu terdiri daripada aiskrim yang mahal-mahal... Dan lebih

Do'a Pagi (Amalan Selepas Subuh)

Artis : Hijjaz Bismiqallah hummanadau fighudu wirwaghowaa laka minna kullu hambin fima sai'wasoba hablana min ka roshada wahdina subulassola inna takwAllah hinurun watorikullil falaaa Bismiqallah hummanadau fighudu wirwaghowaa laka minna kullu hambin fiima sai'wasoba hablana min ka roshada wahdina subulassola inna takwAllah hinurun watorikullil falaaa Bismiqallah hummanadau fighudu wirwaghowaa laka minna kullu hambin fiima sai'wasoba hablana min ka roshada wahdina subulassola inna takwAllah hinurun watorikullil falaaa Dengan namamu Ya Allah Kami meminta pada waktu pagi dan petang bagi mengisi pujian pada waktu pagi dan petang kurniakan kami dari sisiMu petunjuk Tunjukkan kami jalan kebaikan sesungguhnya ketaqwaan kepada Allah cahaya dan jalan kejayaan